SEJARAH RINGKAS MPKTBR

Menurut beberapa orang tua tempatan, tapak asal Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (MPKTBR) merupakan kawasan paya, di selang seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu. Di paya itu terdapat banyak ikan air tawar yang hidup meliar. Di bahagian tanah darat pula tumbuh pohon-pohon kelapa.

Idea menjadikan kawasan ini tapak MPKTBR telah diterima dan dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan. Ketika itu Terengganu dibawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Dato’ Ibrahim Fikri. Ketika pembangunan terus melanda negeri Terengganu, kawasan Batu Rakit menerima tuahnya apabila MPKTBR menjadi kenyataan. Penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka telah dibayar pampasan.

Kerja-kerja pembersihan tapak dimulakan awal 1977. MPKTBR ini meliputi kawasan seluas 64.192 ekar. Bertempat di Kampong Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit, lebih kurang 25 km ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu.

Pentadbiran maktab telah beroperasi pada Oktober 1980. Pengambilan guru pelatih pertama bagi sesi 1981/83 bermula pada 4 Mei 1981. Mereka mengambil kursus selama 3 tahun. Guru pelatih yang seramai 189 orang ini telah ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang boleh menempatkan lebih kurang 720 orang. Kursus-kursus yang ditawarkan pada sesi 1981/83 ialah :

 

PPAR (M/S)- Pendidikan Peringkat Awal Remaja (Mat./Sn) - 28 orang (1 unit)

PPAR (PMG) - Pendidikan Peringkat Awal Remaja (Peng.Mel/Geog) - 31 orang (1unit)

PPAK (PM) - Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak (Peng.Mel) - 57 orang (2 unit)

PPAK (I) - Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak ( Peng. Ing) - 73 orang (3 unit)

 

Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981. Mereka ditempatkan buat sementara waktu di MP Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan (MPPKNP), Pasir Panjang, Kuala Terengganu (MP Pasir Panjang hari ini) sehingga Februari 1981. Antara mereka ialah:


Allahyarham Tn. Hj. Abdullah bin Bakri menjadi Pemangku Pengetua MPKTBR merangkap Pengetua MPPKNP. Allahyarham bertukar sepenuhnya ke MPKTBR pada 1 Mei 1981.

Urusan pentadbiran maktab telah dimulakan sejak Oktober 1980. Tugas-tugas pentadbiran telah ditanggung oleh pegawai dan kakitangan di MPPKNP. Mulai awal Januari 1981, kakitangan bukan akademik mula bertugas di MPKTBR. Antara mereka ialah :

 MPKTBR telah dirasmikan pada 29 September 1984 oleh YB Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Beberapa orang pengetua telah menerajui maktab ini. Mereka ialah :

  1. Allayharham Tn. Hj. Abdullah Bakri ( 1 Mei 1981 -16 April 1984)
  2. Tn. Hj. Arif Rahmat (16 April 1984 - 31 Nov. 1986)
  3. En. Yaacob Wan Ibrahim ( 1 Dis. 1986 - 1988)
  4. Dato’ Hj. Abd. Rahim Abd. Majid ( 16 Nov.1988 - 1 Julai 1990)
  5. Tn. Hj. Abdul Wahab Hashim ( Julai 1990 - Julai 1993)
  6. Dr.Hjh. Wan Chik Rahmah Wan Din (15sept,1993 - 7 Julai 1994)
  7. Tn.Hj. Mohamed Muda (7 Julai 1994 - 15 Jan 1998)
  8. Tn. Hj. Razali Ismail ( 16 Jan 98 - sekarang..)