STRUKTUR ORGANISASI 

 

Pengerusi Hj. Yaakub bin Mohammad
Pegawai Pusat Sumber Hajjah Anisah bt Hashim

Hj.Ahmad Zahari bin Omar

Kerani En.Mat Yusop bin Jusoh
En.Zulkifli bin Mamat
En.Wan Zakaria bin Wan Mamat
En.Othman bin Mohd.
Pn.Nik Hamiyah bt.Nik Mat
Pn.Masitah bt.Muda
 

PENGENALAN

Pusat Sumber Maktab (PSM) telah ditubuhkan sejak tahun 1981. Ketika itu ia adalah salah satu unit dalam  Jabatan Pendidikan . Mulai 1 Januari 1998 PSM dengan perubahan stuktur yang dilaksanakan di bawah arahan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia , unit ini diletakkan dalam Jabatan Teknologi Pendidikan.

Matlamat PSM ialah bertanggungjawab membantu merealisasikan falsafah serta melaksanakan objektif dan misi serta visi  Maktab dengan membina pelbagai koleksi akademik yang lengkap dan terkini serta memberi kemudahan fizikal dan perkhidmatan tercanggih kepada semua pelanggan.

Kini PSM telah berjaya mengumpul sebanyak 25 783 judul buku, majalah, jurnal, akhbar, CD, kaset, video dan sebagainya termasuk kertas-kertas seminar, tesis dan kajian.
 

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Pinjaman bahan buku
Pinjaman bahan bukan buku
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Internet
Perkhidmatan Multimedia
Perkhidmatan Fotostat
Khidmat Nasihat Pengguna
Fail Tegak
Tayangan Video
Karel
Panduan Menggunakan Perpustakaan
Penjilidan
Bilik Rujukan dan Perbincangan
Komputer
E-mail
Pameran buku
Perkhidmatan Makalah Suratkhabar
Perkhidmatan Halaman Kandungan (PHK)
Perkhidmatan Penyebaran Maklumat Terpilih (PPMT)
Ruangan Kanak-Kanak
 

KEAHLIAN PSM

Semua guru pelatih, pensyarah dan kakitangan Maktab secara otomatik adalah layak memohon untuk menjadi ahli PSM. Setiap pemohon hendaklah mengisi borang keahlian dan gambar mengikut syarat-syarat dan jenis keahlian.

Syarat-Syarat Keahlian (Mulai 1.4.98)

1. Kategori Ahli Pusat Sumber, MPKTBR
Ahli Biasa
Ahli Luar
Ahli Keluarga Maktab

Ahli Biasa
Semua Pelajar Maktab – 2 kad pinjaman bergambar
Semua Staf Akademik Maktab – 5 kad pinjaman bergambar
Semua Staf Sokongan Maktab – 1 kad pinjaman bergambar

Ahli Luar

Kakitangan kerjaan dan badan berkanun
Kakitangan Swasta
Pelajar IPT tempatan
Murid sekolah bantuan kerajaan- Yuran Pendaftaran RM2.00 + gambar 2 keping

Terdapat 2 jenis ahli luar:

Ahli Rujukan Sahaja – Yuran Pendaftaran RM5.00 +  gambar 1 keping
Ahli Rujukan dan Pinjaman – Yuran Pendaftaran RM5.00 + Deposit 25.00 (akan dikembalikan apabila berhenti menjadi ahli) + gambar 2 keping

Ahli Keluarga Maktab

Suami/Isteri/Anak kakitangan maktab yang sedang berkhidmat
Kakitangan yang telah bersara dari maktab
 
 


KOLEKSI

Koleksi PSM meliputi semua bidang. Selain daripada buku, PSM juga menyediakan majalah, risalah, bahan penyelidikan,  bahan alat pandang dengar, laporan tahunan dan bahan-bahan rekreasi.

Bagi koleksi pinjaman, bahan-bahan disusun mengikut bahasa, jenis dan tajuk perkara iaitu  :-

Bahan-bahan yang dikelaskan mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (SPPD) meliputi bidang perkara berikut:

000-KARYA AM
100-FALSAFAH
200-AGAMA
300-SAINS MASYARAKAT
400-BAHASA
500-SAINS TULIN
600-TEKNOLOGI
700-KESENIAN
800-KESUSASTERAAN
900-GEOGRAFI, SEJARAH DAN BIOGRAFI FIKSYEN & BUKU BERGAMBAR
 
Buku Pinjaman
Buku Rujukan
Majalah
Jurnal
Risalah & Laporan
Kertas-Kertas Seminar, Konvensyen, dll.
Koleksi Alat Pandang-Dengar
Koleksi Bahan Rekreasi
 

PERATURAN-PERATURAN PSM

Pinjaman

1.1 Pelajar – setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku untuk jangka masa 1 minggu melalui pinjaman berkad.

1.2 Pensyarah- setiap pensyarah dibenarkan meminjam 5 buah buku untuk jangka masa 2 minggu melalui pinjaman berkad.
 

Pemulangan

2.1 Peminjam hendaklah memulangkan sendiri buku yang dipinjam sebelum atau pada tarikh pemulangan yang dicatitkan .

2.2 Buku-buku yang dipinjam tidak boleh dipulangkan pada hari yang sama

Lewat Pemulangan

3.1 Denda sebanyak 10 sen sehari akan dikenakan bagi setiap bahan-bahan yang dipulangkan selepas tarikh yang dinyatakan.

Adalah menjadi satu kesalahan jika tidak memulangkan buku/bahan pada tarikh yang ditetapkan.

PSM akan menghantar notis peringatan dengan salinan kepada tutor peribadi/pengetua bagi pinjaman yang melewati masa dan tidak bertanggungjawab jika notis tersebut tidak sampai kepada pengguna atas apa-apa sebab sekali pun   .
 

Buku Hilang/Rosak

4.1 Buku yang hilang hendaklah diganti atau dibayar 2 kali ganda harga asal buku tersebut.

Buku yang rosak atau koyak akan dikenakan denda mengikut budi bicara pegawai perpustakaan.
 

Mencuri atau Mencacati Bahan-Bahan PSM

Mencuri atau mencacati buku-buku dan bahan-bahan PSM adalah menjadi stau kesalahan besar. Pengguna yang didapati mencuri atau mencacati bahan-bahan PSM akan dikenakan salah satu daripada hukuman berikut atau lebih, menurut apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan:

Tatatertib Di Dalam PSM

6.1 Guru-Guru Pelatih mestilah berpakaian kemas sama seperti ketika menghadiri kuliah semasa ke PSM. Lain jenis/fesyen pakaian tidak dibolehkan.

6.2 Merokok, makan dan minum adalah dilarang sama sekali di dalam PSM.

6.3 Beg, payung, bungkusan dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke PSM. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut telah disediakan di pintu masuk. Pihak PSM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda.

6.4 Anda mungkin diminta keluar dari PSM jika sekiranya anda didapati:-

Sebelum keluar anda mestilah menyimpan buku/bahan yang digunakan pada tempat asalnya dan sorongkan kerusi ke bawah meja.

Ketika hendak keluar /meninggalkan PSM, semua pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.
 

Perhatian:

Tujuan utama peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna dan untuk membolehkan PSM menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.
Para pengguna adalah diingatkan bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai kuasa Peraturan Tatatertib Maktab, yang akan dikuatkuasakan oleh Ahli Lembaga Tatatertib Maktab.