Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ,

mula dibuka pada 4 Mei 1981, di atas tanah seluas 26 hektar

di Mukim Batu Rakit, daerah Kuala Terengganu. Terletak lebih kurang

22 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Tujuan utama ialah

untuk melatih guru-guru sekolah rendah dan menengah.

 

 

 

Melahirkan guru-guru yang berilmu, beriman, berakhlaq,

kreatif dan inovatif demi kesejahteraan diri dan negara

 

 

Melahirkan guru-guru yang berkualiti dan bersepadu

dari segi akademik, kokurikulum dan sakhsiah.

Memiliki daya tahan dan daya juang.

 

 

 

Objektif pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu ialah untuk melahirkan guru pelatih yang :

Berupaya mempertingkatkan ilmu pengetahuan berterusan secara kreatif dan inovatif.

Berakhlaq dan berbudi pekerti mulia berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

Berkemampuan menangani masalah pengajaran dan pembelajaran secara tertib dan kritis.

Bersedia untuk berkhidmat di mana saja.

Berkesanggupan untuk berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.