Make your own free website on Tripod.com

Undur

Penghargaan dan Harapan

Saya melihat program "CPD" (Continuing Professional Development) yang sedang berjalan di maktab ini merupakan satu usaha yang terancang untuk mengembeling kumpulan sasar (dalaman dan luaran) agar lebih sensitif kepada tuntutan pembelajaran dan keilmuan. Kejayaan program ini ialah jalinan permuafakatan dan profesionalisme dengan rakan pekerja ilmu di sekolah. Seramai kira-kira 1,500 orang kumpulan sasar telah mendapat input keilmuan dan kemahiran melalui kuliah, bengkel, seminar, wacana intelektual dalam temboh setahun yang lalu. Program ini juga melibatkan kira-kira 60% daripada tenaga pensyarah maktab ini. Sesungguhnya kepada individu yang terlibat dalam program keilmuan ini biarpun tidak banyak ganjaran materil yang kalian perolehi, namun setidaknya kepuasan intelektual dalam proses menjana ilmu kepada kumpulan sasar, kalian juga turut belajar dan menambah akaun esteem kendiri. Syabbas di atas pengorbanan saudara/i ! Semoga menjelang semester kedua 1999 sensitiviti kita untuk menjana "a learning organisation" menjadi semakin meriah dan menyerlah. InshaALlah.

Sekian.

Bertarikh: 16 Januari 1999 (Genap setahun bersama MPKTBR).