Kursus Dalam Perkhidmatan 14 M Bestari

 

PENDAHULUAN

Sekolah Bestari merupakan satu dari tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia. Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Latihan Guru Bestari dirancang bagi melatih guru-guru Sekolah Bestari agar mereka dapat menjayakan transformasi pendidikan yang diharapkan.

MATLAMAT

Matlamat Latihan Guru Sekolah Bestari adalah untuk meningkatkan amalan profesionalisme guru sebagai pemudahcara dan pencetus inovasi untuk mengoptimumkan proses pembelajaran dengan berbantukan teknologi.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, peserta boleh:

1. merancang dan menggubal pakej pembelajaran mengikut keperluan kurikulum bestari;

2. memudahcara dan menguruskan pembelajaran berpusatkan pelajar melalui pelbagai strategi yang inovatif dan kreatif;

3. mengaplikasi dan mengintergrasikan teknologi seperti multimedia, internet dan komunikasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

4. mengurus bilik darjah yang berkemudahan tenologi multimedia.

Struktur Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Latihan Guru Bestari
 

10 MINGGU

4 MINGGU

INTERAKSI

PRAKTIKUM

MAKTAB

SEKOLAH

KOMPONEN KURIKULUM

A. Pengenalan

1. Konsep sekolah Bestari

2. Pengurusan Perubahan

B. Kemahiran Generik

3. Kemahiran Mentaksir dan Menilai

4. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

5. Kemahiran Teknologi Maklumat

6. Kemahiran Belajar

C. Organisasi Pembelajaran

7. Spesifikasi Kurikulum Sekolash Bestari

8. Pengurusan Pembelajaran Bestari

D. Amalan Pembelajaran Bestari

9. Pakej Pembelajaran

10. Simulasi

11. Praktikum

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut

1. Memiliki SPM atau kelayakan yang setaraf

2. Memiliki kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM atau setaraf dengannya

3. Memiliki Sijil Perguruan Asas/ Diploma Pendidikan

4. Telah disahkan dalam jawatan

5. Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya tiga tahun pada 1 Januari tahun ambilan

6. Tidak mengikuti apa juga Kursus Dalam Perkhidmatan lain semasa membuat permohonan

7. Tidak terlibat dengan apa juga aktiviti yang akan menghalang kehadiran semasa kursus berjalan

8. Sedang mengajar dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon

9. Sihat tubuh badan

AMBILAN I BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN SAINS

TARIKH:

29 JUN 1998 - 3 SEPTEMBER 1998 ( Interaksi )

23 SEPTEMBER 1998 - 21 OKTOBER 1998 ( Pratikum )

MAKTAB PEGURUAN YANG TERLIBAT;

IPDA, MPPPP, MPIPOH, MPIK, MPT, IB, MPRM. MPTI, MPTAA, MPKB, MPBL dan MPG

AMBILAN II BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK

TARIKH:

21 SEPTEMBER 1998 - 21 NOVEMBER 1998 ( Interaksi )

25 JANUARI 1999 - 24 FEBUARI 1999 ( Pratikum )

MAKTAB PERGURUAN YANG TERLIBAT;

MPSAH, MPTB, MPIPOH, MPIK, IB, MPI, MPPM, MPBP, MPKT, MPKB, MPBL, dan MPG