Make your own free website on Tripod.com

Halangan Kognitif Dalam Penyelesaian Masalah Matematik:

Kajian Kes di Sebuah Sekolah di Kuala Terengganu

 

 Oleh:

Hj. Ismail b Raduan

Unit Matematik MPKTBR


 

ABSTRAK

Penyelesaian masalah merupakan topik yang perlu diajar kepada pelajar di sekolah dan mereka perlu menguasainya. Semasa pelajar sedang menyelesaikan masalah dan cuba menyelesaikannya, mereka sering menghadapi halangan dan masalah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkategorikan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah semasa menyelesaikan masalah matematik. Seramai 112 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Terengganu yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima dipilih menjadi responden. Pelajar diminta menjawab tiga soalan esei dalam Matematik Tambahan yang bertajuk Janjang, Statistik dan Persamaan Kuadratik dan soal selidik. Soalan yang diberikan adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa mereka menyelesaikan masalah matematik. Analisis menunjukkan bahawa halangan yang dihadapi boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu halangan psikologi, kemahiran dan kognitif. Halangan psikologi melibatkan motivasi; strategi dan suasana pengajaran dan pembelajaran; hubungan guru-pelajar-ibubapa, dan karektor guru. Halangan kemahiran matematik pula melibatkan kefahaman soalan, bahasa matematik, struktur soalan, pertimbangan ,konsep dan operasi. Halangan kognitif melibatkan kecerdasan dan kecacatan.

 


 

BACK ]