Make your own free website on Tripod.com

PARADIGMA DAN METAFORA DALAM KURIKULUM

MATEMATIK SAINS : SATU PEMERHATIAN AWAL

 Oleh :

Tengku Zawawi b Tengku Zainal

Unit Matematik MPKTBR


Pengenalan 

Kurikulum matematik sekolah menengah telah mengalami beberapa perubahan dari segi matlamat, isi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan dan perkembangan kurikulum matematik turut didasari oleh metafora, paradigma, model serta teori kurikulum itu sendiri.

Pembinaan ilmu dalam sesuatu bidang bermula dengan metafora. Ada tiga konsep yang diasaskan oleh berbagai pihak pengkaji dari pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk kurikulum. Konsep tersebut ialah tumbesaran, pengembaraan dan pengeluaran.


Strategi pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam matematik KBSM berasaskan fahaman binaan (konstuktivism) dan pemyelesaian masalah. Peranan guru adalah membimbing murid membina konsep dalam minda mereka. Keadaan ini bertepatan dengan paradigma kurikulum yang menggunakan logik penyelesaian masalah. Paradigma ini mengusulkan bahawa kurikulum terdiri daripada komponen berikut:

    1. situasi yang mewujudkan pengalaman utama
    2. pengecaman masalah yang muncul daripada situasi tersebut
    3. rumusan penyelesaian yang diusulkan untuk menyelesaikan masalah.
    4. penggunaan dan pengesahan penyelesaian yang diusulkan

(Mohd Daud Hamzah, 1993)

Manakala Polya (1957) mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah:

    1. memahami masalah
    2. menentukan operasi atau cara pengiraan
    3. melaksanakan operasi
    4. semak semula langkah pengiraan


Logik penyelesaian masalah

Logik penyelesaian masalah sebagai paradigma kurikulum dihurai, melibatkan apa-apa yang akan diterokai oleh murid (matlamat) dengan ransangan, dan caranya boleh ditentukan oleh murid sendiri dengan bantuan dan bimbingan guru.

Beberapa prinsip penting dalam pengendalian aktiviti:

( Nik Azis Nik Pa, 1992)


Paradigma dalam kurikulum matematik KBSM

Secara umumnya dapat diperhatikan bahawa paradigma kurikulum dalam pendidikan matematik KBSM adalah berpandukan kepda metafora ‘tumbesaran’ dengan ‘saling kaitan penyelesaian masalah’. Definasi kurikulum sebagai perkembangan insan jelas sekali membayangkan landasan konsep tumbesaran didasarnya. Konsep tumbesaran mencadangkan bahawa kemajuan pendidikan memerlukan kurikulum sebagai rumusan bagi rancangan penjagaan rapi terhadap kanak-kanak dengan ‘penyiraman’ baja yang teratur menurut jadual. Guru merupakan ‘tukang kebun’ yang bijak dan pandai mengecam serta ‘membaja’ murid sehingga menjadi ‘pohon’ rendang yang ‘berbuah’ lebat. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah, seorang guru masih lagi terikat dengan perananya sebagai ‘murabbi’, yakni berusaha memupuk potensi baik yang terdapat daam diri seseorang pelajar. KBSM memperuntukkan sebanyak 17 nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perhubungan dan perkaitan antara metafora dan paradigma dalam kurikulum matematik KBSM akan lebih jelas diperhatikan dalam model MacDonald. James B. MacDonald mengusulkan wujudnya empat sistem yang relevan dengan kurikulum, iaitu sistem kurikulum, pengajaran, instruksi dan pembelajaran.

Pengajaran (III) ialah sistem personaliti guru yang beroperasi melalui peranan profesional guru, iaitu mendidik. Pembelajaran (IV) ialah sistem personaliti murid yang beroperasi melalui tindakan terhadap tugas murid, iaitu tindakan dan akhlak pelajar. Instruksi (II) ialah sistem sosial yang kegiatan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara rasmi. Kurikulum (I) merupakan sistem sosial yang mengeluarkan rancangan untuk instruksi. Kawasan hitam di tengah rajah mewakili persilangan semua sistem itu. Di dalam persilangan ini wujud situasi instruksi yang kegiatan pengajaran diadakan untuk mencapai matlamat kurikulum yang akan terbukti dengan munculnya perubahan tingkahlaku pelajar. Unsur-unsur lain ialah (Rujuk rajah 1):-

V Pembelajaran sampingan selari

VI Pengubahsuaian tingkahlaku guru

VII Pengalaman latihan guru

VIII Penglaman hasil proses penyeliaan

IX dan X Pengalaman perancangan bersama guru dengan murid

 


Teori kurikulum bersepadu

Pengisian kurikulum dalam KBSM tidak hanya menekankan hubungan manusia dengan manusia semata, tetapi ianya menjangkau lebih jauh daripada itu. Dua dimensi utama dilibatkan sepenuhnya iaitu :-

(Tajul Arifin Noordin, 1990)

Hubungan jelas dapat diperhatikan daripda Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Matematik serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan berasas kepada faham binaan. Segalanya terangkum di dalam "Teori Kurikulum Sepadu". Teori kurikulum sepadu di bina atas kesepaduan ilmu, iman dan amal serta bersumberkan penghayatan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

(Tajul Ariffin Noordin, 1986)

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik KBSM tidak hanya bertujuan menyampaikan pengetahuan dan maklumat melalui pelbagai aktiviti, tetapi juga berusaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar supaya mereka lahir sebagai insan pelajar dan warga negara yang soleh , cekap dan produktif.

 


BIBLIOGRAFI

Mohd. Daud Hamzah (1993). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : DBP

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : DBP

Polya, G. (1957). How To Aolve It. Princeton N. J. : Priceton Universiti Press.

Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan : Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur : DBP.

Tajul Ariffin Noordin & Abdul Raof Dalip (1986). Pendidikan Sepadu. Bangi : Penerbitan UKM.