Aktiviti Pertukaran baton dalam larian 4 x 100 m

 

  1. Latihan statik – berpasangan
  2.  

    Aktiviti ini melibatkan 2 murid. Murid A berdiri lebih kurang satu meter di belakang murid B. Murid A memberi isyarat kepada murid B dan murid B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Murid B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja murid A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

     

  3. Ulang aktiviti diatas dengan menggunakan baton.
  4.  

  5. Aktiviti bergerak – berpasangan.
  6.  

    Aktiviti ini memerlukan dua murid dan ia dilakukan sambil berlari anak. Murid A akan berlari ke hadapan murid B setelah memberi baton kepadanya. Murid B pula menghantar baton kepada murid A. Teruskan aktiviti ini sejauh 60 meter.

     

  7. Aktiviti bergerak – berpasangan.

 

Murid A dan B bersedia melakukan aktiviti dalam jarak lebih kurang 30 meter. Murid A berlari dan apabila sampai di tandaan, murid B pula mula berlari. Murid A terus mengejar murid B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

 

Tugasan bertulis :-

 

  1. Ambil masa bagi aktiviti perlumbaan 2 x 50 m antara kumpulan.
  2. Dalam kumpulan, bincangkan karaktor pelari-pelari 4 x 100 m . Berikan 4 faktor kecekapan pelari berikut :-