Sinopsis pengalaman guru yang telah mengintegrasikan internet dalam P~P

 Pengalaman Linda Maston dari Pease Middle School San Antonio, Texas.

Linda Maston merupakan seorang guru yang mengajar mata pendidikan alam sekitar untuk pelajar gred lapan di Pease Middle School San Antonio, Texas. Kebanyakkan muridnya adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Linda telah membimbing pelajarnya untuk menjalankan satu kajian sains iaitu, "Menguji kandungan Karbon Dioksida ( CO2) di dalam udara". Kajian ini bermula akibat dari rasa sangsi beliau , apabila sering bersin dan rasa tidak sihat apabila balik dari sekolah dan keadaan berbeza menjadi sihat apabila beliau tidak bertugas pada hujung minggu.

Tiga kumpulan telah dibentuk, Kumpulan Pertama ditugaskan untuk mengumpulkan data CO2 di sekolah mereka, Kumpulan Kedua ditugaskan untuk mendapatkan data dari soal-selidik mengenai persepsi kakitangan terhadap keselesaan bilik mereka, Kumpulan Ketiga ditugaskan untuk mendapatkan data mengenai kandungan CO2 piawai yang sepatutnya di dalam udara.

Dengan menggunakan komputer PC 286, 1 M Ram, yang disambungkan modem 2.4Kbps mereka telah menggunakan internet untuk mendapatkan data kandungan CO2 dari sekolah-sekolah lain . Mereka mendapati kandungan CO2 di sekolah mereka adalah dua atau tiga kali lebih tinggi dibandingkan dengan sekolah lain. Apa yang menjadikan mereka lebih menarik ialah bilik-bilik yang kandungan CO2 tinggi ,97% daripada kakitangan yang di soal-selidik memberi respon tidak selesa. Manakala 96% yang keadaan CO2 rendah memberikan persepsi selesa akan keadaan bilik mereka.

Kumpulan Ketiga telah berhubung dengan Global Lab (gl@terc.edu) atau (http://hub.terc.edu/terc/gl/GL118.html) mengenai tahap kandungan CO2 yang dibenarkan. Menerusi komunikasi internet mereka dimaklumkan kandungan CO2 yang dibenarkan dalam sesuatu bangunan ialah 1000 bahagian per sejuta (ppm) manakala kandungan CO2 di sekolah mereka ialah 2300 ppm di beberapa bilik terutama pada waktu tengah hari. Kini mereka telah mengetahui mengapa mereka merasa tidak selesa dan sering merasa letih. Kajian mereka telah di bawa kepada pihak atasan sekolah dan pihak majlis bandaran, namum pihak bandaran merasa agak sangsi mengenai kebolehpercayaan kajian mereka dan ujian sekali lagi telah dijalankan oleh pihak bandaran. Keputusan yang sama juga diperolehi. Hasil dapatan kajian mereka ini telah mendorong majlis bandaran memperbaiki sistem peredaran penghawa dingin yang menjadi punca kepada masalah berpuncanya kandungan CO2 tinggi pada beberapa bilik.

Linda telah berjaya membimbing pelajarnya kepada satu hasil dapatan kajian yang dapat mempengaruhi pihak atasan untuk memperbaiki keadaan. Penggunan internet menerusi e-mel telah diguna sepenuhnya terutama untuk mendapatkan data dan data piawai dari pihak Global Lab. Berkat ketabahan dan kesungguhan Linda dan pelajarnya menjalankan kajian hanya berbekalkan komputer yang usang, beliau dan pelajarnya telah dianugerahkan " Texas Governor's Award for Environmental Excellence". Linda telah menggunakan satu kaedah bukan hanya alat-radas di dalam makmal tetapi telah menggunakan internet terutama untuk berhubung sama ada dengan pakar dan mendapatkan data perbandingan dari sekolah-sekolah lain.