KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARI

Oleh;

Tengku Zawawi b Tengku Zainal

PENGENALAN

Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Matlamat kurikulum banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh matlamat hidup individu, masyarakat, negara, dan dunia. Manakala perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia yang bersifat universal, banyak mempengaruhi matlamat dan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah telah mengambil kira pelbagai keperluan individu dan masyarakat, khususnya dalam pembinaan insan dan penghayatan budaya ilmu. Ternyata kesannya belum begitu nyata. Walau bagaimanapun usaha-usaha untuk mencapai cita-cita murni itu masih berjalan dan perlu diteruskan. Namun begitu kita harus peka kepada setiap perubahan yang melanda dunia dan masyarakat pada hari ini. Arus perubahan yang dibawa oleh kuasa teknologi maklumat menuntut kita melakukan sesuatu, agar kekuatan dan kelebihan yang dijanjikan dapat dimanfaat bersama untuk memantapkan idea dan pelaksanaan yang sedang berjalan. Di samping itu perancangan untuk merangka agenda perubahan khususnya untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada perlu dilakukan supaya selaras dengan matlamat dan dasar yang digubal.

Langkah Malaysia untuk mengamalkan pendemokrasian pendidikan dibuat melalui dasar " Pendidikan untuk Semua" . Dasar ini dilaksanakan di sekolah dalam negara ini dengan menyediakan satu kurikulum yang sama untuk semua pelajar. Dengan kemajuan dalam bidang teknologi, pelaksanaan dasar pendidikan untuk semua dapat diperkemaskan lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. Pengguanaan teknologi dapat mengoptimumkan pengajaran pembelajaran.

Pembangunan negara yang pesat memasuki era teknologi maklumat membawa bersama cabaran kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani. Selain perlunya perkembangan minda yang sihat dan pemikiran global, penekanan yang sama harus diberikan kepada perkembangan sahsiah, akhlaq dan budaya supaya tercapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju secara menyeluruh.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan yang demikian, matematik telah menjadi satu daripada bidang ilmu yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan.

Rangka kurikulum matematik abad ke 21 yang dicadangkan di sini mengandaikan bahawa sistem persekolahan yang diamalkan sekarang masih kekal bersama-sama dengan semua prinsip pendidikan yang sedang dan akan terus dilaksanakan.


KANDUNGAN

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik masih sama dengan KBSR di peringkat sekolah rendah ,dan KBSM di peringkat sekolah menengah. Aritmetik, algebra, geometri dan trigonometri adalah bidang matematik yang asas yang perlu dikuasai oleh semua. Di peringkat persekolahan yang lebih tinggi, kalkulus merupakan bidang yang perlu. Matematik gunaan seperti statistik, mekanik dan sebagainya merupakan bidang pilihan dalam matematik. Kedalaman dan olahan kandungan bagi bidang-bidang matematik ini akan bergantung kepada peringkat kematangan pelajar. Salah satu daripada bahagian kandungan kurikulum matematik perlu juga membincangkan tentang teknologi seperti alat-alat untuk kira-mengira, teknik pengiraan dan algoritma menyelesaikan masalah.

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘ kerenah globalisasi ‘ . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek ‘konteks’ di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam ‘konteks’ digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.


SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media cetak masih lagi diperlukan sebagai sumber pengetahuan matematik. Walau bagaimanapun peranan bahan sebagai sumber pengetahuan boleh juga dipikul oleh media elektronik seperti cakera padat, pita video dan sebagainya. Bentuk bahan dalam media elektronik mungkin menjadi lebih popular memandangkan kos kertas yang semakin lama semakin meningkat berbanding dengan kos media elektronik yang sebaliknya.

Selain daripada bahan kurikulum dan sokongannya, beberapa peralatan untuk tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memenuhi keperluan kandungan kurikulum. Antaranya ialah alat kira mengira seperti sempoa, kalkulator dan komputer. Kalkulator saintifik dan perisian komputer yang sesuai adalah perlu sebagai alternatif kepada peralatan matematik yang digunakan sekarang seperti buku sifir, peralatan geometri dan sebagainya.

PRASARANA P ~ P MATEMATIK

Dengan kandungan, strategi dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan kurikulum matematik abad ke 21, prasarana berikut harus disediakan untuk pelaksanaan kurikulum yang licin dan optimum :

STRUKTUR KURIKULUM

Pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa hadapan perlu mengambil kira keupayaan pelajar dalam menguasai matematik mengikut umur mental atau peringkat kematangan pelajar. Kelas-kelas matematik perlu dibahagikan untuk menampung pelajar pelbagai kebolehan. Kurikulum perlu direkabentuk supaya bersifat modular supaya segala tuntutan prinsip pendidikan dapat dipenuhi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan berlandaskan prinsip-prinsip tersebut.

Rajah berikut mencadangkan struktur kurikulum matematik yang bersifat modular. Setiap kubus mewakili satu modul

 

SISTEM PENILAIAN

Dua peringkat penilaian masih dilaksanakan iaitu penilaian di peringkat pusat dan penilaian berasaskan sekolah. Perbezaan yang mungkin ada ialah dari segi cara penilaian itu dilaksanakan.

Pada masa sekarang usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan rangkaian komputer antara sekolah. Jika rancangan ini berjalan dengan sempurna, rangkaian komputer harus dimanfaatkan sepenuhnya. Penilaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah dapat dijalankan dengan pantas dan berkesan, lantas meringankan beban pengajaran dan pembelajaran para guru.

Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan ujian atau masalah kepada pelajar melalui terminal komputernya. Item ujian ini akan terpapar di terminal komputer para pelajar. Pelajar memberi respons mereka melalui terminal komputer mereka. Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah, ketepatan respons setiap pelajar akan diproses oleh sistem komputer dan direkodkan dalam satu rangkaian data. Analisis respons pelajar diperoleh sama ada secara serta merta atau dilihat kemudian. Dengan analisis ini para guru dapat mengetahui tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru sama ada untuk meneruskan pengajarannya ke tajuk yang lain atau mengambil langkah bimbingan dan pemulihan dahulu.

Walau bagaimanapun perisian sistem begini perlu dibangunkan terlebih dahulu. Sistem penilaian sebegini boleh dikembangkan kepada sistem penilaian peringkat pusat untuk dijadikan peperiksaan secara 'on-line'. Walau bagaiamanapun, kaedah yang sedia ada ( off line ) masih diperlukan , khususnya bagi tempat-tempat yang masih tidak memiliki kemudahan komputer dan rangkaiannya.


KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi.

Matlamat

Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik serta berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam era teknologi maklumat.

Objektif

Untuk mencapai matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah, kurikulumnya mempunyai objektif seperti berikut:

  1. mengetahui dan memahami konsep, definisi, hukum, prinsip, dan teorem di bawah bidang pembelajaran yang berkaitan dengan
  1. menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu,
  1. menguasai kemahiran asas matematik iaitu
  1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik
  2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesai masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan seharian.
  3. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah.
  4. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara mantik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti
  5. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.


Organisasi Kurikulum

Keperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan pelajar serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah tersenarai dalam Jadual 1.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah disusun mengikut 3 bidang utama :

Setiap bidang tersebut seterusnya disusun dalam 3 lajur iaitu :

Semua pelajar di Sekolah Bestari mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Penguasaan kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran terbahagi kepada 3 aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop kandungan matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut:


Aras 1( Asas ) :mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.

Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.

Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam bidang kajian yang lain

Kekompleksan bidang pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras unsur kreatif perlu diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

 


Pengetahuan

Kemahiran

Sikap dan Nilai

 

  • Nombor
  • Operasi
  • Perkaitan
  • Bentuk dan ruang
  • Masa, Jisim, dan Wang
  • Statistik

 

 

  • Melakukan operasi asas
  • Membuat anggaran dan penghampiran
  • Mengukur
  • Mengendali data
  • Mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta
  • Mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik
  • Menggunakan algoritma dan perkaitan
  • Menyelesaikan masalah

 

  • Berpemikiran mantik
  • Bersistem
  • Tepat
  • Teliti
  • Tekun
  • Yakin
  • Berpemikiran global
  • Nilai-nilai murni

 

 

Rajah 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah

 


Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibentuk dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran pembelajaran matematik. Aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan dibawah lajur Sumber / Teknik / Aktiviti.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibahagikan kepada 2 tahap, Tahap 1 dan Tahap 2. Skop kandungan bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan matematik tahap berkenaan. Jadual 2 menggambarkan organisasi dan skop Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah:

 

 Tahap I

Tahun 1

 

Kurikulum matematik di tahap ini membolehkan pelajar celik nombor dan melakukan oreasi asas untuk menyelesaikan masalah harian yang mudah

 

 

Tahun 2

Tahun 3

Tahap II

Tahun 4

 

Kurikulum matematik di tahap ini membolehkan pelajar mengikuti bidang pengajian di peringkat yang lebih tinggi dengan lebih berkesan serta berfungsi dalam kehidupan seharian

 

Tahun 5

Tahun 6

 

Rajah 2: Skop Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah

 


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Ciri-ciri bestari dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari dijelmakan dalam amalan pengajaran pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta mengikut kemajuan kendiri.

Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan. Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.

Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.

Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum Matematik Bestari Sekolah Rendah secara umumnya digambarkan dalam rajah berikut:

[ Rajah 1 di sini ]

Bahan pengajaran pembelajaran yang digunakan dalam Sekolah Bestari mengandungi unsur diagnostik kendiri. Manakala penilaian dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam pengajaran pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari.

 


KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Sepertimana dalam KBSM, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah adalah lanjutan dan kesinambungan kepada Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun pelaksanaannya berlaku secara serentak. Di mana pada peringkat permulaan (1999) , Kurikulum Bestari Matematik akan mula diguna pakai di Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4. Ini adalah disebabkan oleh isi kandungan ( Tajuk / Bidang Pembelajaran ) yang masih sama. Perubahan yang ketara adalah dari segi kaedah pengajaran pembelajaran serta sistem pentaksiran. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi.

Matlamat

Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam teknologi maklumat.

Objektif

Matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dicapai berdasarkan objektif-objektif berikut yang membolehkan pelajar;

  1. mengetahui dan mengetahui konsep, definisi, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan nombor, bentuk, dan perkaitan;
  2. memperkukuhkan dan memperluaskan pengetahuan kemahiran operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi;
  3. menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
  1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik;
  2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian;
  3. menghubungkaitkan antara idea-idea matematik dan dengan bidang ilmu yang lain;
  4. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik;
  5. membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara matik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti;
  6. memupuk sikap yang positif terhadap matematik;
  7. menghargai kepentingan dan keindahan matematik.


Organisasi Kurikulum

Keperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan pelajar serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah tersenarai dalam Jadual 1.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diolah supaya menunjukkan bidang pembelajaran yang dirangkumi serta hasil yang dihasratkan. Penulisan kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dipersembahkan mengikut tiga lajur iaitu Bidang Pembelajaran, Hasil Pembelajaran, dan Sumber / Teknik / Aktiviti.

Semua pelajar akan mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Semua tajuk dan konsep bagi setiap Tingkatan disenaraikan dalam lajur Bidang Pembelajaran. Penerangan konsep hendaklah betul dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman pelajar.

 

Pengetahuan

Kemahiran

Sikap dan nilai

 

  • Nombor dan operasi

 

  • Bentuk dan ruang

 

  • Perkaitan dan fungsi

 

  • Melakukan operasi asas

 

  • Membuat anggaran dan penghampiran

 

  • Mengukur dan membina

 

  • Mengendali data

 

  • Mewakili dan mentafsir

 

  • Mengenal perkaitan dan mewakilinya secara
  • Matematik

 

  • Menggunakan algoritma dan perkaitan

 

  • Menyelesaikan masalah

 

  • Berpemikiran

Mantik

 

  • Bersistem

 

  • Tepat

 

  • Teliti

 

  • Tekun

 

  • Yakin

 

  • Itqan

 

  • Nilai-nilai murni

 

Jadual 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah


Penguasaan kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran.Hasil Pembelajaran terbahagi kepada tiga aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop kandungan matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut :

Aras 1 ( Asas ): mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.

Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.

Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik.

Kekompleksan Bidang Pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras, unsur kritis dan kreatif diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dibentuk dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran matematik. Aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan di bawah lajur Sumber/ Teknik/ Aktiviti . Selain itu, lajur ini memaparkan penjelasan tambahan apabila perlu bagi pelbagai perkara seperti skop kandungan ,kaedah pengiraan tertentu, penegasan tertentu, contoh, cadangan strategi pengajaran dan cadangan penggunaan.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diagihkan kepada dua tahap iaitu Tahap Menengah Rendah dan Tahap Menengah Atas . skop kandungan bagi Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan matematik tahap berkenaan.

Kuriklum Matematik di tahap Sekolah Menengah Rendah bertujuan untuk membolehkan pelajar mengikuti bidang kajian yang teknikal atau memasuki bidang kerjaya yang bukan teknikal. Manakala Kurikulum Matematik ditahap Sekolah Menengah Atas membolehkan pelajar mengikuti sebarang bidang pengajian tinggi yang bukan teknikal.

Untuk membolehkan pelajar ditahap Sekolah Menengah Atas mengikuti pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknikal, mereka perlu mengikuti Kurikulum Bestari Matematik Tambahan.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran berfikrah dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dijelmakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta mengikut kemajuan kendiri.

Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.

Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan. Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.

Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.

Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Dalam menentukan peralihan aras atau peralihan bidang pembelajaran, guru perlu mengambil kira perkara berikut:

Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah secara umumnya di gambarkan dalam rajah di sebelah.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya pelajar dapat mengenal pasti sejauh mana mereka dapat memahami sesuatu konsep kemahiran tertentu yang telah dipelajari.

Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik.Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran dan terancang.

Unsur sejarah matematik diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan pelajar menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat pelajar terhadap sesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol.

Untuk mempertingkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pelajar dan aras hasil pembelajaran .Disamping itu,pelajar juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani membuat keputusan.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan merujuk kepada kriteria dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah.


PENUTUP

Kurikulum Bestari Matematik diyakini mampu membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan, dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta pemikiran yang logik, kreatif, kritis dan bersistem. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah.

Untuk mencapai matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara kita berfikir tentang penggunaan alat teknologi di sekolah. Jika sekolah ingin mendapat faedah sepenuhnya, teknologi perlu menjadi asas dalam infrastruktur, proses pengajaran pembelajaran, pentadbiran dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan sepenuhnya dan diberi peranan penting dalam pengajaran pembelajaran serta tugas harian sekolah.

 

zawawi @ mail.com