Undur

Membuka Jendela Perubahan.

Bercakap tentang menentukan agenda samalah seperti menyatakan wawasan atau vision atau azam seseorang pada permulaan tahun. Saya kira kebanyakan pensyarah ada membuat catatan azam di awal tahun dalam buku dairy baru masing-masing! Bagaimanapun menyatakan vision atau azam sahaja tanpa mengambil kira realiti semasa (the current reality) adalah tak munasabah. Perhatikan, bahawa di antara wawasan dan realiti semasa ada jaraknya (the gap). Persoalannya bagaimanakah jarak ini diperdekat atau dipertemukan. Nah, disinilah tugas kita, iaitu menangani jurang jarak ini secara kreatif, inovatif dan penuh iltizam. Seperti kata bestari, "Our main business is not to see what lies dimly at a distance, but to do what lies clearly at hand" (Thomas Carlyle).

Disini saya ingin mencadangkan agar kita memanfaatkan strategi "PRIDE" untuk menangani jurang jarak ini. "PRIDE" adalah acronym kepada "people, research/read, introspection, do it, observe". Lihat ilustrasi di bawah. Berikut ialah huraian dan contoh bagi menggunakan strategi "PRIDE" untuk merealisasikan wawasan kecemerlangan. Marilah kita membuka jendela perubahan dengan memanfaatkan strategi P-R-I-D-E:

"People" (orang) · Bertanyalah kepada orang sekeliling · Cari seorang mentor · Dengar dan amatilah apa orang lain kata dalam sesuatu mesyuarat · Wujudkan rangkaian · Menyertai dan komited dalam sesuatu pertubuhan profesional · Bercakaplah dengan orang lain.

"Research, Read" (Selidik , baca) · Melanggani journal yang sesuai · Pergi ke perpustakaan · Bacalah dengan konstant · Langgani khidmat maklumat "online" (seperti CompuServe) · Dapatkan maklumat melalui internet · Sertai sesi wacana dan majlis ilmu · Kunjungi kedai buku · Baca ulasan buku

"Introspection" (Muhasabah) · Ambil masa membuat renungan · Fikir sebelum sesuatu tindakan dibuat · Kaji cara kita bertindak dalam sesuatu situasi · Buat analisa · Lihat dan amati secara mendalam terhadap sesuatu situasi · Menyoal untuk memahami bukan untuk menguji/menghakim · Buat catatan kes · Biasakan menyatakan rangka konsep

"Do it!" (Ambil Tindakan)

· Cubalah · Buat eksperimen · Manfaatkan "trial and error" · Laksanakan · Letakkan diri kita di tengah-tengah suatu keadaan · Isikan masa dengan tugasan (time on task) · Rasakan apa yang kita buat · Letakkan pena pada kertas dan mula menulis · Letakkan jari kita pada "keyboard" dan mula menaip · Lakukan segera!

"ObsErve" (Perhatikan) · Perhatikan prestasi orang lain · Lihat contoh dan teladan · Beri perhatian · Jangan menghakim · Carilah makna daripada apa yang dilihat · Teliti perlakuan orang lain · Kaji bagaimana orang lain menangani situasi · Manfaatkan segala deria kita.

Renungilah beberapa cadangan di atas untuk kita memantapkan azam dan iltizam, justeru menterjemahkannya kepada tindakan untuk mencapai wawasan kita. Kita mesti berikhtiar kemudian pasrah pada ALlah. Sila ambil fikir pesanan Marcus Aurelius, "Our life is what our thoughts make it". "Your attitude determines your altitude". Pokok pangkal kepada prestasi hidup ini adalah terletak kepada tabiat kita, tabiat ini pula terbina di atas intergrasi tiga domain utama: ilmu, kemahiran dan sikap. Maka memperkasakan diri kita dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang positif menjanjikan keberkesanan dalam kehidupan dan keprofesionalan kita.